Penyu karah: Jabatan Perikanan sudah ingatkan kerajaan - Utusan Malaysia

Penyu karah: Jabatan Perikanan sudah ingatkan kerajaan

KERATAN akhbar Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Jabatan Perikanan telah memberi peringatan dan menyarankan kerajaan negeri supaya tidak membenarkan sebarang pembangunan di kawasan-kawasan rizab melibatkan pendaratan penyu karah.

Pengarah Perikanan negeri, Mohd. Fauzi Salehon berkata, ia adalah langkah berjaga-jaga untuk memastikan spesies itu dapat terus mendarat di negeri ini tanpa sebarang ancaman.

Beliau berkata, antara lokasi yang ditekankan adalah di Kuala Linggi, Pengkalan Balak dan Pantai Kemunting.

“Kita telah sarankan kepada kerajaan negeri supaya kawasan-kawasan pendaratan penyu karah ini dijaga termasuk dengan cara tidak membenarkan sebarang pembangunan dibuat di lokasi tersebut.

“Pada tahun lepas, Melaka menjadi tempat pendaratan utama penyu karah dengan sebanyak 807 sarang ditemukan. Sebanyak 93,000 telurnya juga kita pungut untuk ditetaskan,” katanya ketika ditemui di Sungai Kesang, Sungai Rambai di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion yang bukan sahaja menimbulkan polemik kepada nelayan tetapi turut mengancam populasi penyu karah.

Ini kerana penyu karah yang disenaraikan sebagai spesies ‘sangat terancam’ sinonim menjadikan pantai-pantai di sekitar Alor Gajah dekat sini, sebagai lokasi pendaratan dan bertelur.

Jika KLIP dimulakan pada April ini, ia berpotensi mengganggu lima tempat pendaratan haiwan berkenaan iaitu di Kuala Linggi, Tanjung Serai, Meriam Patah, Tanjung Dahan dan Teluk Belanga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya