Penyeludup guna dron pantau sempadan negara - Utusan Malaysia

Penyeludup guna dron pantau sempadan negara

SURINA Saad (kanan) melakukan tinjauan ke pos TS 9, TS 10 dan TS 11 berhampiran pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Taman Radzi, Padang Besar. Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Penyeludup dari negara jiran dipercayai menggunakan dron sebagai taktik terbaharu memantau dan mengesan pergerakan anggota keselamatan di sini, sebelum melakukan aktiviti terlarang itu.

Dron tersebut dikesan diterbangkan sekitar lorong-lorong tikus yang dipercayai boleh memantau sekitar 500 perimeter dengan tujuan memerhati pergerakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Mereka berkemungkinan masuk ke negara ini melalui lorong-lorong tikus itu apabila keadaan untuk melakukan penyeludupan itu didapati selamat.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, sebuah dron dikesan diterbangkan pagi ini di kawasan sempadan sekitar Chuping di sini.

“Dron ini masuk tidak lama, kira-kira 30 minit sahaja dan selepas itu keluar. Bagaimanapun, laporan akan dibuat oleh pihak PGA apabila berlaku pencerobohan ini.

“Kemudian perkara ini dimaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya tindakan selanjutnya dapat diambil,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke pos TS 9, TS 10 dan TS 11 berhampiran pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Taman Radzi di sini hari ini.

Sementara itu, Surina memberitahu, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) berhubung pencerobohan menggunakan dron tersebut dan ia perlu dibincangkan dengan MKN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya