Penyatuan Pas, UMNO, Bersatu bersandarkan kesatuan ummah - Utusan Malaysia

Penyatuan Pas, UMNO, Bersatu bersandarkan kesatuan ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penyatuan antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak seharusnya dilihat sebagai ikatan yang hanya dibentuk demi kepentingan politik semata-mata, sebaliknya bersandarkan matlamat lebih lebih besar iaitu kesatuan ummah.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, untuk itu sebarang usaha menghancurkan ikatan itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ini kerana semua pihak perlu menumpukan kepada keuntungan yang diraih daripada penyatuan tiga parti itu, berbanding kerugian dihadapi pihak berkepentingan.

“Sama ada perpaduan ini dibentuk atas nama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN), itu saya tak peduli. Sepatutnya kita melaksanakan kerja masing-masing sebagai manusia iaitu menjadi ejen penyatuan dan perpaduan.

“Ejen perpecahan, perbalahan dan pergaduhan ini adalah syaitan. Jadi siapa nak buat kerja syaitan, silakanlah buat kerja memecah belah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mingguan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, penyatuan yang cuba dibawa itu sekiranya tidak diteruskan, hanya akan membawa kerugian kepada umat Islam.

“Yang kita kena cari sekarang ini adalah untungnya untuk umat Islam dan bukannya keuntungan diri. Kena cari untungnya di mana dan bukan rugi,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, mesyuarat PN pada minggu lalu sama sekali tidak membincangkan mengenai pembahagian kerusi antara parti terlibat.

“Sekarang belum masanya. Apabila sampai ketikanya nanti, kita umumkan pembahagian kerusi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya