Penolong pendaftar Mahkamah Syariah ditahan disyaki terlibat rasuah - Utusan Malaysia

Penolong pendaftar Mahkamah Syariah ditahan disyaki terlibat rasuah

SEORANG penolong pendaftar Mahkamah Syariah dibawa keluar dari Mahkamah Kangar, Perlis selepas SPRM mendapat perintah reman selama dua hari atas tuduhan meminta rasuah. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seorang penolong pendaftar Mahkamah Syariah Perlis yang disyaki meminta suapan sebanyak RM5,500 daripada orang awam bagi melancarkan proses permohonan pengesahan sabitan nasab untuk anak tidak sah taraf, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri semalam.

Untuk rekod bayar daftar tersebut sekitar RM45 sahaja.

Menurut sumber, suspek yang berjawatan gred 29 tersebut ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 5.30 petang selepas menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, lelaki berusia 41 tahun itu yang bertugas di sini sejak 2019 dipercayai menerima bayaran RM3,000 daripada keseluruhan jumlah yang diminta pada 17 Mac lalu.

“Suspek juga tengeluarkan resit palsu kepada permohonan dan memberitahu mereka bahawa resit tersebut adalah palsu bagi mengelakkan perkara itu diketahui oleh Mahkamah Syariah.

“Mengikut maklumat dalam telefon suspek, dia (suspek) dipercayai melakukan kegiatan ini kira-kira dua tahun iaitu sejak mula bertugas di sini selepas dipindahkan dari Putrajaya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suspek dipercayai meminta suapan daripada pemohon melibatkan kes-kes yang rumit supaya proses itu dapat dipercepat.

“Dia cuba mengambil kesempatan daripada pemohon yang mahukan sesuatu proses untuk dipermudah,’ ujarnya.

Suspek disiasat mengikut 17a Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM negeri, Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tersebut.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan ditahan reman dua hari sehingga esok.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Kamaliza Md. Zain di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya