Penolong pegawai perubatan bantu tangani Covid-19 - Utusan Malaysia

Penolong pegawai perubatan bantu tangani Covid-19

Surinah Asan, menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Penolong Pegawai Perubatan Cemerlang di Klinik Kesihatan Pekan Nanas, di Pontian, di sini, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN – Seramai 39 orang Penolong Pegawai Perubatan pelbagai gred jawatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Pontian diraikan sempena Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan di Klimik Kesihatan Pekan Nanas, di sini, semalam.

Pegawai Kesihatan Kanan, Dr. Surinah Asan, berkata, Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia yang kini menjangkau lebih daripada 230 tahun yang dulu dikenali sebagai apothecaries.

Katanya, di bawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar.

Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang dan kini dikenali sebagai Penolong Pegawai Perubatan mulai 2007.

“ Seiring dengan tema sambutan Bersama Pembantu Perubatan Memerangi Covid-19 jelas menunjukkan bahawa peranan Penolong Pegawai Perubatan di sektor kesihatan awam amat penting dalam bersama-sama memerangi permasalahan semasa,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Dr. Surina, sebagai contoh, di daerah Pontian sendiri, Penolong Pegawai Perubatan memainkan peranan penting dalam menyaring semua pesakit yang hadir ke Klinik Kesihatan bagi menilai tahap kesihatan mereka sama ada mempunyai gejala Covid-19 atau pun sebaliknya.

Ujar beliau, sebagai barisan hadapan di setiap klinik kesihatan, di Covid Asessment Center (CAC) dan Pusat Persampelan Covid dan CAC Mobile , perasaan takut kepada virus perlu diketepikan.

“ Ini kerana pematuhan kepada budaya norma baru serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam sesuatu tindakan perawatan dapat mengurangkan kadar jangkitan kepada petugas,” jelas beliau. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya