Peniaga rayu pengunjung pasar malam patuh SOP - Utusan Malaysia

Peniaga rayu pengunjung pasar malam patuh SOP

MESKIPUN sudah dibenarkan beroperasi semula, namun kebanyakan pasar malam di Pulau Pinang masih lengang disebabkan orang ramai mengambil sikap berhati-hati bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kebenaran membuka semula operasi pasar malam di beberapa kawasan di negeri ini memberi peluang kepada para peniaga mengumpul semula wang hasil perniagaan mereka selepas terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19.

Rata-rata peniaga yang ditemui Utusan Malaysia menyatakan perniagaan mereka kini kembali bernafas setelah beberapa kali diarah tutup operasi ekoran laporan peningkatan kes di negeri ini.

Walaupun dibenarkan beroperasi semula namun mereka tetap bimbang dengan penularan wabak tersebut dan akan memastikan pengunjung benar-benar mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Seorang peniaga ayam gunting, Mohamad Anuar Awang, 43, berkata, dia berasa lega setelah dibenarkan beroperasi semula dari petang hingga malam dengan pematuhan SOP yang lebih ketat.

“Biarpun belum ada lagi peningkatan jualan ayam gunting ,namun saya bersyukur kerana boleh berniaga seperti sedia kala.

“Setakat ini, belum ada peluang simpan duit daripada hasil perniagaan di empat pasar malam di negeri ini. Cuma boleh membayar gaji pekerja, hutang rumah, kereta dan peribadi sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Anuar memberitahu, dia juga merayu kepada pengunjung pasar malam mematuhi SOP semasa berada di kawasan berkenaan.

“Ini kerana, masih terdapat segelintir daripada pengunjung yang ingkar dengan pemakaian pelitup muka dengan betul. Mereka hanya meletakkan pada bawah dagu sebagai syarat pemakaian.

“Kami hanya mampu beri teguran sahaja dan kami juga risau disebabkan sikap pengunjung yang mengambil mudah SOP yang ditetapkan itu membuat kami turut terkesan dengan arahan penutupan semula pasar malam,” ujarnya yang mengusahakan perniagaan di pasar malam sejak lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu, peniaga minuman, Ali Ahmad, 43, memberitahu, perniagaannya kini mula mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan setelah lebih dua bulan tidak berniaga.

“Saya seperti orang baharu dalam memulakan perniagaan ini. Saya terpaksa bermula dari bawah semula selepas terjejas teruk berikutan pandemik sehingga menyebabkan operasi pasar malam di negeri ini terpaksa ditutup beberapa kali.

“Saya harap tiada lagi arahan penutupan pasar malam selepas ini. Kami akur dengan arahan ketat SOP yang ditetapkan,” jelasnya suasana di beberapa pasar malam di negeri ini juga tidak meriah seperti sebelum ini manakala bilangan pengunjung juga tidak ramai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya