Peniaga, penganjur diingat jaga kebersihan bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Peniaga, penganjur diingat jaga kebersihan bazar Ramadan

AMINUDDIN Harun menyerahkan tablet komputer kepada ADUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon dalam Majlis Penyerahan Peranti Pembelajaran Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peniaga dan penganjur bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya menjaga kebersihan tempat perniagaan mereka bagi mengelakkan disenarai hitam dan permohonan menyertai bazar Ramadan ditolak pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya melihat peniaga dan penganjur bertanggungjawab memastikan kebersihan pada setiap bazar Ramadan.

“Saya mahu memastikan kebersihan di kawasan perniagaan mereka. (Selalu) terjadi apabila tiba pada hari terakhir Ramadan, peniaga hanya meninggalkan khemah begitu sahaja.

“Sekiranya mereka (penganjur dan peniaga) tidak menjaga kebersihan, pada masa akan datang kami akan menyenarai hitam mereka. Kerajaan akan memberi peluang kepada peniaga dan penganjur lain untuk berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Peranti Pembelajaran Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mengingatkan peniaga dan penganjur serta orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya