Pengusaha kantin dilepas, bebas tuduhan mudaratkan kesihatan enam pelajar - Utusan Malaysia

Pengusaha kantin dilepas, bebas tuduhan mudaratkan kesihatan enam pelajar

AZMAN Rizal Azizi (kanan) bersama peguam bela, Esmael Shah Shahrudin di Mahkamah Majistret Kampar hari ini selepas dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan memudaratkan kesihatan enam pelajar tiga tahun lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Mahkamah Majistret Kampar hari ini melepas dan membebaskan seorang pengusaha kantin daripada pertuduhan memudaratkan kesihatan enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kampar di sini tiga tahun lalu.

Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh membuat keputusan tersebut di akhir kes pendakwaan setelah berpuas hati dengan keterangan dan hujahan daripada kedua-dua pihak setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap orang kena saman, Azman Rizal Azizi, 52.

Dalam penghakimannya, Nur Faizah berkata, pendakwaan dibuat pada 14 Mei 2020 manakala makanan diambil untuk dianalisis pada 10 Oktober 2018 dan disebabkan pendakwaan dibuat melebihi 150 hari daripada makanan diambil untuk dianalisis, maka mahkamah putuskan pendakwaan gagal.

“Setelah mendengar semua keterangan saksi dan mempertimbangkan semua hujahan, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini tanpa perlu dipanggil untuk pembelaan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa menyediakan makanan yang memudaratkan kesihatan enam orang pelajar SMK Seri Kampar di kantin sekolah berkenaan pada pukul 4 petang 10 Oktober 2018.

Azman, selaku pemilik syarikat Alamasaq Services Sdn. Bhd. didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 yang boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Nurulhisham Shamsuddin manakala Azman diwakili peguam bela, Esmael Shah Shahrudin.

Pihak pendakwaan dalam tempoh perbicaraan sebelum ini telah memanggil enam saksi bagi memberikan keterangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya