Pengusaha agropelancongan tarik nafas lega - Utusan Malaysia

Pengusaha agropelancongan tarik nafas lega

ORANG ramai berkunjung ke Nabila Agrofarm dekat Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keputusan kerajaan membenarkan rentas daerah selain kebenaran zoo dan farms beroperasi memberi kelegaan kepada pengusaha produk tarikan pelancongan awam tersebut.

Pemilik Nabila Agrofarm di Kampung Pantai dekat sini, Sharuddin Ibrahim, 56, berkata, produk agropelancongan yang diusahakannya di tanah seluas 23 hektar itu mula dikunjungi orang ramai selepas tidak beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tentunya lega dan gembira apabila melihat orang ramai mula datang ke sini. Akhirnya ibu bapa dapat kembali membawa anak masing-masing dan melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki kuda dan bermain dengan haiwan ternakan lain.

“Walaupun sebenarnya majoriti pengunjung sebelum ini datang dari Selangor namun kebenaran merentas daerah buat masa ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan buat kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Sharuddin, pelaksanaan PKP menjejaskan pendapatannya berharap tidak berulang.

“Walaupun kami hanya beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum, kami turut terkesan. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran masuk hanya bergantung kepada bayaran aktiviti kepada pengunjung selain jualan di kafe.

“Jika sebelum PKP, Nabila Agrofarm dikunjungi 500 orang pada satu-satu masa namun kini jumlahnya berkurangan ekoran pergerakan rentas negeri yang masih belum dibenarkan,” katanya yang memberitahu tarikan utama di ladang tersebut adalah 30 ekor kuda padi yang dilepaskan secara bebas selain zoo haiwan jinak.

Sementara itu, seorang pengunjung, Zaiful Adlin Zulkifli, 39, dari Senawang berkata, dia bersama keluarga mengambil peluang cuti umum sempena Israk Mikraj untuk berkunjung ke Nabila Agrofarm.

“Kami pun dah lama tak melakukan aktiviti luar bersama, anak-anak pun lama duduk dalam rumah, jadi cuti umum saya luangkan masa dan bawa mereka ke sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya