Pengurus pemasaran dan korporat pusat beli belah ditahan - Utusan Malaysia

Pengurus pemasaran dan korporat pusat beli belah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengurus pemasaran dan korporat sebuah pusat beli-belah ditahan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM100,000 antara 2018 hingga 2019.

Sumber berkata, suspek wanita berusia 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung bagi kontrak pembekalan hadiah.

Menurut sumber, kontrak pembekalan hadiah kepada pusat beli belah tersebut difahamkan bernilai kira-kira RM564,000.

“Suspek disyaki telah menerima rasuah berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat untuk mendapat kontrak pembekalan hadiah,” kata sumber.

Terdahulu, suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang bekerja di pusat beli belah di Klang dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya