Pengurus, isteri ditahan SPRM, kes babitkan wang RM3.4 juta - Utusan Malaysia

Pengurus, isteri ditahan SPRM, kes babitkan wang RM3.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas dan isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan melakukan penggubahan wang haram melibatkan wang berjumlah kira-kira RM3.4 juta.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 2 petang ini dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Menurut sumber, pengurus hartanah itu dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan selepas mereka dianugerahkan dengan projek pembinaan pam minyak sejak 2017 hingga 2019.

Tambah sumber, wang-wang rasuah tersebut kemudian dipercayai telah diubah oleh suspek seperti dilaburkan dan digunakan untuk membeli kereta mewah.

“Sejumlah wang kira-kira RM684,000 telah dipindahkan daripada akaun simpanan pasangan tersebut kepada akaun deposit tetap.

“Selain itu, suspek juga menyimpan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.9 juta serta matawang asing yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM300,000,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, pasangan tersebut akan dihadapkan ke mahkamah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUAA).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya