Penginapan pekerja tidak sesuai untuk manusia, majikan didenda RM12,000 - Utusan Malaysia

Penginapan pekerja tidak sesuai untuk manusia, majikan didenda RM12,000

WAKIL sebuah kilang elektronik di Senawang (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan menyediakan penginapan pekerja yang tidak sesuai didiami oleh manusia dan penginapan tiada perakuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majikan sebuah kilang elektronik di Senawang didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyediakan penginapan pekerja yang tidak sesuai diduduki oleh manusia dan penginapan tiada perakuan.

Hakim, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap JV Moni-Tronics (M) Sdn. Bhd. selepas pengarah syarikatnya membuat pengakuan bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, kilang berkenaan didapati gagal menyediakan penginapan sesuai untuk didiami manusia kepada tiga pekerja asing lelaki warga Myanmar di Jalan Bandar Senawang mengikut Seksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) seperti mana kehendak Seksyen 24H (1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Berikutan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 24H (1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Bagi pertuduhan kedua, kilang terbabit didapati menyediakan penginapan kepada tiga pekerja asing warga Nepal yang tidak diperakukan dengan Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja seperti mana kehendak Seksyen 24D (1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 di Taman Desa Melor, Seremban.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 3 Disember 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zaihas Mohd. Syakhir Hasfar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya