Pengarah bersama Tenaganita meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengarah bersama Tenaganita meninggal dunia

Mendiang Aegile Fernandez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah bersama Tenaganita, Aegile Fernandez yang sudah pun berkhidmat untuk komuniti selama lebih dari lima dekad, meninggal dunia pada usia 71 tahun hari ini.

Keluarga mendiang dalam satu kenyataan berkata, mendiang meninggal dunia akibat daripada serangan jantung pada pukul 1.26 tengah hari tadi.

“Aegile menjadi cahaya hangat dan telah memberikan keselesaan kepada ramai orang dan beliau akan terus menerangi perjuangan keadilan dan kesaksamaan negara ini,” kata keluarganya dalam kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan ahli keluarganya, mendiang berharap agar masyarakat teruskan misi dalam menegakkan keadilan, amal masyarakat dan membuka hati kepada mereka yang lemah.

Rata-rata pengguna laman Twitter hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

Aegile merupakan adik perempuan kepada aktivis Hak Asasi, Irene Fernandez yang juga telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 31 Mac 2014.

“Jika anda semua selesa, nayalakan lilin untuk mendiang,” kata keluarganya dalam kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN