Penganggur dituduh bunuh warga emas OKU - Utusan Malaysia

Penganggur dituduh bunuh warga emas OKU

WAN Mohd. Munir Wan Yusoff (tengah) yang dituduh membunuh seorang warga emas OKU dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh seorang warga emas orang kurang upaya (OKU), bulan lepas.

Tertuduh Wan Mohd. Munir Wan Yusoff, 30-an, didakwa membunuh Chua Hock Soon, 70, yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di hadapan sebuah sekolah di Jalan Suka Menanti, di sini pada 23 Februari.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor yang kemudiannya menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Fatin Dalilah Khalid mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan orang awam di kawasan sebuah sekolah di Suka Menanti, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata sebelum itu, polis menerima maklumat mengenai pergaduhan membabitkan dua lelaki berhampiran Lebuhraya Sultan Abdul Halim, dekat sini pada 4.30 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya