Penganggur dipercayai tokan dadah dicekup polis - Utusan Malaysia

Penganggur dipercayai tokan dadah dicekup polis

HOO Chang Hook (tengah) dan warga IPD Jempol di Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat IPD Jempol, di sini hari ini.- UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL : Penganggur dipercayai tokan dadah berjaya dicekup polis dalam satu serbuan di Felda Pasoh 2, di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, serbuan dibuat di sebuah pondok kayu yang terletak di belakang sebuah rumah.

Menurutnya, hasil serbuan telah menemukan tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 73.65 gram.

“Turut ditemukan empat peket lutsinar berisi ketulan jernih disyaki dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 7.70 gram.

“Dalam serbuan ini, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan suspek berusia 28 tahun yang positif dadah dalam ujian air kencing yang dijalankan kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini hari ini.

Chang Hook berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Menurutnya, suspek dipercayai sudah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak dua tahun lalu dan mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Kita sentiasa berusaha untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah ini dan mengalu-alukan maklumat dari komuniti setempat bagi melaksanakan tugas ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya