Penganggur cipta senapang angin ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur cipta senapang angin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Seorang pengangur ditahan selepas mencipta sendiri senapang angin untuk memburu ayam hutan di Kampung Nakhoda Batu Caves, di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya dalam serbuan pada pukul 4.15 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil penahanan itu, beberapa barangan termasuk selaras senapang angin, tabung angin (dua unit) dan bebola besi dirampas.

“Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek mendapati dia menghasilkan sendiri senjata berkenaan dengan mempelajarinya menerusi internet dan mendakwa untuk kegunaan memburu ayam.

“Dia menggunakan bebola besi sebagai peluru dan semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Tambah Arifai, suspek kini direman enam hari sehingga hingga Rabu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya