Penduduk bantah arak dijual di kawasan majoriti Islam - Utusan Malaysia

Penduduk bantah arak dijual di kawasan majoriti Islam

SEBAHAGIAN wakil penduduk Taman Universiti dan kawasan sekitarnya membantah tindakan dua pasar raya menjual arak di Batu Pahat, Johor. - UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Penduduk di Taman Universiti dan kawasan sekitarnya di sini, membantah tindakan dua pasar raya di kawasan itu yang menjual arak walaupun lebih 90 peratus penduduk di situ beragama Islam.

Bantahan itu disuarakan oleh wakil penduduk melalui Jawatankuasa Muafakat Penduduk Taman Universiti; Jawatankuasa Surau Taman Universiti; Persatuan Ekonomi Komuniti B40 Negeri Johor dan Persatuan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pengerusi Surau Taman Universiti Parit Raja, M. Asrar Sidon berkata, penduduk membantah sekeras-kerasnya penjualan arak di dua premis berkenaan kerana tiada keperluan selain mengundang masalah sosial kepada penduduk setempat.

“Akhir-akhir ini banyak kejadian kemalangan jalan raya berlaku dari perbuatan pemandu-pemandu yang mabuk di seluruh negara dan mengundang ketidaktenteraman dan pelanggaran undang-undang di jalan raya serta komuniti.

“Hasil siasatan kami mendapati premis berkenaan sudah beroperasi kira-kira dua tahun dan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam amatlah tidak patut, apatah lagi minuman keras itu dihukumkan haram meminum, mengedarkannya dan lain-lain bagi umat Islam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Bendahari Persatuan Alumni UTHM, Hasadi Tadi Manja Kadiri berkata, pihaknya mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab memandang serius isu berkenaan kerana membabitkan keharmonian Parit Raja yang diberkati sebagai pusat perkembangan ilmu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya