Pencerobohan Bukit Malut isu nasional, babitkan keselamatan negara - Utusan Malaysia

Pencerobohan Bukit Malut isu nasional, babitkan keselamatan negara

ABDUL Hamid Bador pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Auditorium Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri di Bukit Malut, Langkawi yang didakwa didiami secara haram warga Myanmar adalah isu nasional selain melibatkan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, penempatan di kawasan itu dilihat kian merebak dengan banyak aktiviti tidak sihat dijalankan di sana.

Katanya, pemantauan sentiasa dijalankan di kawasan tersebut bagi mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan jenayah.

“Selama ini pihak saya tegas melaksanakan pemantauan di kawasan itu. Kita mengambil tindakan dengan menyerbu, mengepung dan menangkap pengedar-pengedar mahupun tokan dadah.

“Pihak narkotik dan jenayah kerap melancarkan operasi dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari sudut dadah manakala polis marin juga selalu membuat kepungan dan rondaan mencegah penyeludupan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Auditorium Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan Bukit Malut diceroboh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar yang mencemarkan imej Langkawi sebagai pulau pelancongan antarabangsa.

Beliau memberitahu, keputusan dan dasar kerajaan tentang penempatan di kawasan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, beliau percaya isu berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat MKN akan datang.

“Kita nampak penempatan makin merebak dan kegiatan di situ memang banyak tidak sihat, walaupun bukan semua. Boleh dikatakan ‘sebab nila setitik habis susu sebelanga’.

“Persoalannya bagaimana penempatan itu boleh wujud dan berkembang. Mungkin pihak berkenaan apabila melihat atas faktor kemanusiaan dan hak asasi manusia, biarlah, biarlah, lama-lama jadi macam ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya