Penceroboh tanam Musang King di rizab empangan Melaka - Utusan Malaysia

Penceroboh tanam Musang King di rizab empangan Melaka

SULAIMAN Md. Ali (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan (dua dari kanan) meninjau kawasan empangan pada Program Lawatan Kerja Ketua Menteri Ke Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sekitar 466.35 ekar tanah rizab empangan Durian Tunggal di sini diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga ada yang berani membangunkan struktur bangunan kekal.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, tinjauan yang dilakukannya hari ini menggunakan bot turut mendapati, pencerobohan bagi tujuan pertanian seperti tanaman durian Musang King, kelapa sawit, dan sebagainya pula dikesan dengan keluasan 52.7 ekar. 

Beliau berkata, bagaimanapun, senario itu kini masih terkawal berikutan 75 peratus penceroboh telah pun mengosongkan kawasan setelah diberikan notis pengosongan tapak oleh Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah. 

“Kerajaan negeri melalui BKSA dan PDT Alor Gajah serta Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka sedang mengatur strategi untuk mengeluarkan semua penceroboh di tanah rizab empangan sebagai langkah memastikan keselamatan kawasan tadahan dan tanah kerajaan tidak diceroboh.

“Aktiviti tanaman kontan dan jangka panjang di sepanjang rizab empangan menjadi faktor utama menyumbang kepada penyusutan air di empangan dan penurunan kualiti air mentah.

“Kerajaan negeri juga akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak tanaman dan perobohan struktur bangunan kekal secara berperingkat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di sini hari ini.

Melaka yang berhadapan dengan cuaca panas sejak beberapa bulan lalu berkemungkinan berdepan dengan catuan air seandainya sumber air yang dijangka bertahan sehingga September tercemar atau diganggu.

Setakat ini, semua empangan utama adalah melebihi 70 peratus penuh.

Dalam tinjauan itu juga, Sulaiman turut menyempurnakan penyerahan lima unit Portable Water Treatment Plant (PWTP) yang disumbangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Beliau berkata, kapasiti luahan kapasiti luahan bagi satu unit PWTP adalah bersamaan 120,000 liter sehari dan dijangka boleh memanfaatkan sejumlah 8,000 penguna. 

“Jika ada keperluan mendesak. PWTP ini akan digerakkan ke kawasan yang terjejas untuk kegunaan penduduk sekitar.

“Hari ini kerajaan negeri membuat penyerahan lima unit PWTP kepada SAMB sebagai persiapan bagi sebarang kemungkinan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya