Pemimpin Gerakan dilantik Jawatankuasa Pemuda PN Kedah - Utusan Malaysia

Pemimpin Gerakan dilantik Jawatankuasa Pemuda PN Kedah

NURUL Amin Hamid (kiri) bersama Mohd. Saffuan Sabari selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemuda PN Kedah di Kuala Kedah, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Beberapa pemimpin parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dilantik mendapat tempat dalam pembentukan Jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional (PN) Kedah, semalam.

Jawatankuasa tersebut diketuai Ketua Pemuda Pas negeri, Nurul Amin Hamid manakala Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Mohd. Saffuan Sabari sebagai Timbalan Ketua Pemuda 1.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pusat, Wong Chia Zhen yang juga Ketua Pemuda Gerakan negeri diberi peranan sebagai Timbalan Ketua Pemuda 2 dan Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Najhie Hayazie pula dilantik sebagai Setiausaha jawatankuasa tersebut.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas negeri, Ku Abd. Muhyi Ku Abd. Hamid dilantik sebagai bendahari dan jawatan Ketua Penerangan turut dipegang oleh wakil Pas, Abd. Hadi Omar yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri.

Mohd. Ikram Zaki Mohamad daripada Pas dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1 manakala jawatan Penolong Setiausaha 2 diserahkan kepada Amar Pared Mahamud daripada Bersatu.

Kesemua pelantikan itu dibuat menerusi mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut yang berlangsung di di Kuala Kedah, malam semalam.

Sementara itu, Nurul Amin dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada lapan jawatankuasa itu, terdapat 11 lagi ahli jawatankuasa yang dilantik di bawahnya.

“Lima daripada ahli jawatankuasa tersebut diwakili Bersatu, empat (Pas) dan dua (Gerakan).

“Dengan terbentuknya Jawatankuasa Pemuda PN Kedah ini, insya-Allah segala program dan perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya