JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat agensi pelancongan didenda RM8,000 di Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu kepada Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) pada Mei tahun lalu. Tertuduh, Ng Lan Fah, 48, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan curangnya telah menggunakan satu dokumen tulen iaitu lampiran senarai nama pekerja bagi Program Subsidi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya