Pemerkasa: RM20 juta setiap negeri perkasa kontraktor kelas G1 - G4 - Utusan Malaysia

Pemerkasa: RM20 juta setiap negeri perkasa kontraktor kelas G1 – G4

TENGKU Zafrul (kanan) menerima cenderahati daripada Nurulhisham pada majlis pertemuan dengan pengusaha harumanis Perlis di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bantuan khas berjumlah RM260 juta iaitu RM20 juta kepada semua kerajaan negeri bagi pelaksanaan segera projek-projek kecil bagi memulihkan ekonomi setempat di peringkat akar umbi. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz berkata, ia selaras dengan pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) oleh Perdana Menteri pada 17 Mac lalu.

“Bantuan ini akan diagihkan secara sama rata, iaitu RM20 juta di mana projek-projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Ia termasuklah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan awam, serta penyelenggaraan premis perniagaan bagi memastikan peniaga kecil dan penjaja mempunyai persekitaran kondusif untuk berniaga di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tengku Zafrul berkata, Demi keprihatinan Kerajaan kepada seluruh rakyat, Kerajaan menambah peruntukan bagi projek berskala kecil pada tahun 2021 melalui Pemerkasa bagi terus merancakkan aktiviti projek-projek berskala kecil di peringkat negeri dan akar umbi. 

Rabu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancaran Pemerkasa bernilai RM20 bilion serta suntikan fizikal baharu yang berjumlah RM11 bilion sebagai sebahagian usaha untuk menyokong proses pemulihan ekonomi negara.

Perdana Menteri itu berkata, program itu yang mempunyai lima fokus utama akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong peniagaan dan meneruskan bantuan kepada rakyat dan sektor yang terkesan.

“Negara kita sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform) Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi iaitu ‘Revitalise’ atau memperkasa ekonomi,” katanya ketika mengumumkan Pemerkasa hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN