KLUANG: Seorang pemuda berusia 38 tahun maut selepas Perodua Bezza dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Batu Pahat-Kluang dekat Sri Lalang, di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi PBK II Zaidi Tumiran berkata , mangsa, Zakarul Fazli Kamal tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian.
“ Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati seorang mangsa tersepit dan disahkan maut oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.
“PKO mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE