Pemandu lori tersepit selepas terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu lori tersepit selepas terlibat kemalangan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah bas ekspres di Jalan Parit Seraya, Benut, Pontian. - GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah bas ekspres di Jalan Parit Seraya, Benut, di sini tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Pegawai Bomba Kanan 11, Abdullah Sani Md. Jani berkata, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian bersama tujuh anggota, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori Izuzu tiga tan.

Katanya, usaha mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan oleh anggotanya dan mangsa diserahkan kepada anggota perubatan seterusnya dihantar ke Hospital Pontian bagi rawatan lanjut.

“Tiada kecederaan melibatkan pemandu bas ekspres tersebut yang tiada membawa penumpang ketika kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Abdullah Sani, turut membantu dalam operasi tersebut ialah Pasukan Keluaran Operasi (PKO) seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit dan Fire Fost Benut seramai empat orang.

Kemalangan tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan sepanjang 500 meter dari kedua-dua hala Pontian ke Benut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya