Pemandu cedera Perodua Axia bertembung peronda polis - Utusan Malaysia

Pemandu cedera Perodua Axia bertembung peronda polis

KEADAAN kereta Perodua Axia yang terbalik ketika bertembung dengan peronda polis di persimpangan lampu isyarat Kilometer 88 Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pemandu Perodua Axia cedera selepas kenderaan dipandu bertembung dengan kereta peronda dinaiki dua anggota polis dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kilometer 88 Jalan Kluang-Kota Tinggi, petang tadi.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisoner Law Hang Seng berkata, mangsa yang cedera ialah Lau Lee Sin, 25, yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, sejurus selepas kemalangan.

“Kira-kira pukul 3.35 petang, polis telah terima makluman kemalangan melibatkan kereta peronda polis jenis Proton Waja dengan Perodua Axia.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta peronda polis dari arah Kluang menghala Kota Tinggi untuk ke Hospital Kluang, manakala Perodua Axia dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Hang Seng, ketika tiba di tempat kejadian, Proton Waja itu didapati berlanggar dengan Perodua Axia yang membelok ke kanan untuk memasuki simpang ke Taman Kampung Majid.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Ujar beliau, dua anggota yang berada di dalam Proton Waja tidak mengalami sebarang kecederaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya