Peluncur udara cedera, trike hang gliding terhempas - Utusan Malaysia

Peluncur udara cedera, trike hang gliding terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penggiat sukan luncur udara berdepan detik cemas apabila trike hang gliding yang dikendalikannya
terhempas ketika membuat demontrasi penerbangan di padang berhampiran Kompleks Kastam Kangar, Jalan Kampung Pondok, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam tadi itu, Shahrizal Daud cedera di bahagian tangan sebelah kanan dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, siasatan mendapati, trike hang gliding milik persendirian dari Kuala Lumpur itu dibawa ke sini untuk membuat demontrasi penerbangan oleh sebuah kelab bagi mempromosikan persatuan mereka itu.

“Mangsa berlepas di pekarangan Stadium Utama Kangar sebelum terhempas di padang berhampiran Wisma Jabatan Kastam Diraja Malaysia tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan mangsa yang mengalami kecederaan di tangan itu telah dibawa ke HTF bagi mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada penerbangan tersebut perlu mendapat kebenaran polis atau tidak, beliau memberitahu, perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya