Pekebun hidu bau busuk jumpa tengkorak dan tulang manusia - Utusan Malaysia

Pekebun hidu bau busuk jumpa tengkorak dan tulang manusia

TENGKORAK manusia yang ditemukan dalam semak di kebun sawit berhampiran Sungai Muar di Kampung Tanjung Olak, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Penduduk yang hairan dengan bau busuk ketika menebas rumput lewat petang semalam akhirnya mendapat jawapan susulan penemuan tengkorak dan tulang manusia di kawasan kebun sawitnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam berhampiran Sungai Muar di Kampung Tanjung Olak, Bukit Gambir, di sini, individu itu segera memaklumkan kepada pihak polis selepas mendapati terdapat tulang yang berselerak di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, sepasukan polis bersama unit forensik telah pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. 

“Bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemukan dan berdasarkan siasatan awal di lokasi juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah. 

“Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti jantina serta maklumat warganegara mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Fadhil, kesemua tulang serta tengkorak berkenaan telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk proses selanjutnya dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak di talian 06-978 1222 atau membuat laporan di balai polis berdekatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya