PATI sanggup bayar RM2,000 masuk ke Malaysia - Utusan Malaysia

PATI sanggup bayar RM2,000 masuk ke Malaysia

LAPAN PATI yang ditahan di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor, semalam kerana menyeludup masuk dan tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Walaupun tidak dijanjikan pekerjaan, lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia sanggup mengeluarkan duit sehingga RM2,000 kepada tekong darat semata-mata untuk menyusup masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, tindakan kesemua PATI yang berada di laut selama dua hari itu sia-sia apabila ditahan di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 22 tahun hingga 55 tahunditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Benteng, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Rizal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mereka memasuki negara ini menggunakan bot nelayan dari Tanjung Balai Indonesia sebelum mendarat di pesisir pantai Kampung Tok Muda.

Katanya, kesemua PATI itu bertolak pukul 2 pagi Isnin lalu sebelum tiba di negara ini pukul 4 pagi semalam.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan juga mendapati sindiket penyeludupan PATI ini menukar lokasi pendaratan ke kawasan Klang dan Kapar bermula hujung tahun lalu yang mana sebelum ini mereka didaratkan di sekitar Morib hingga Bagan Lalang di Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rizal berkata, siasatan pihaknya juga mendapati, kesemua PATI terbabit tidak dijanjikan pekerjaan di sini, namun akan menghubungi rakan atau saudara di Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan tertentu.

“Mereka juga sanggup membayar antara RM500 hingga RM2,000 setiap seorang kepada tekong darat Indonesia untuk menyusup masuk ke negara ini.

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kapar dan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya