Pasangan alumni jadikan nombor plat UTM sebagai hantaran kahwin - Utusan Malaysia

Pasangan alumni jadikan nombor plat UTM sebagai hantaran kahwin

MUHAMMAD Syafik Rahmat dan Nur Idayu Alimon menjadikan nombor plat UTM sebagai hantaran perkahwinan mereka di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasangan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhamad Syafik Rahmat dan Nur Idayu Alimon mengabadikan memori perkenalan dan percintaan mereka ketika pengajian di universiti itu dengan menjadikan nombor plat UTM sebagai hantaran perkahwinan mereka.

Pasangan itu menggunakan nombor plat UTM 4321 yang diambil sempena tarikh pernikahan mereka iaitu 4 Mac 2021, selain menganggap nombor tersebut amat unik.

Muhammad Syafik yang merupakan alumni Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer), Fakulti Kejuruteraan itu memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai tanda kenangan mereka di UTM.

“Kenangan di UTM adalah amat istimewa, kerana di sinilah kami berkenalan, mengenali hati budi masing-masing sehingga ke jinjang pelamin.

“Selain itu, ia juga secara tidak langsung menyumbang kepada Tabung Endowmen UTM untuk membantu lebih ramai lagi pelajar yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan UTM di sini, hari ini.

Pasangan itu mula berkenalan pada tahun 2017 di UTM dan sama-sama bergiat aktif sebagai pemimpin dalam aktiviti dan persatuan pelajar.

Tambahnya yang kini bertugas sebagai Penolong Pendaftar di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), bantuan tabung itu amat bermakna kerana isterinya juga merupakan salah seorang penerima biasiswa Tabung Endowmen.

“Pastinya kami turut memikirkan apakah cara yang boleh dilakukan untuk memberi semula kepada UTM,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya