Pas tidak pernah campur urusan UMNO - Utusan Malaysia

Pas tidak pernah campur urusan UMNO

AHMAD YUNUS HAIRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas sama sekali tidak akan mencampuri keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, keputusan dibuat UMNO itu adalah hak mereka kerana Pas hanya bertindak untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

Bagaimanapun katanya, UMNO perlu mengambil iktibar nasib yang menimpa mereka pada pilihan raya lalu.

“Setakat ini, mereka menyokong kerajaan sedia ada sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi bagaimana pula selepas pilihan raya? Adakah mereka akan bekerjasama kembali jika mengalami nasib yang sama.

“Saya melihat daripada berlaku perkara sama, adalah lebih baik memperkukuhkan kerja­sama supaya terus menambah kerusi. Keputusan tersebut hanya menyebabkan peluang untuk kita beroleh kemenangan yang lebih tidak akan tercapai,” katanya.

Semalam, Pengarah pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan Pas perlu faham mengapa parti berkeras sehingga membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Katanya, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu telah dibincangkan secara mendalam, sekali gus Pas tidak perlu masuk campur pada keputusan yang dibuat UMNO.

Dalam perkembangan bera­singan, Ahmad Yunus berkata, setakat ini, tiada perbincangan kerusi dibincangkan antara Pas dan Bersatu.

“Setakat ini tiada apa yang diputuskan, namun pembahagian kerusi ini nanti akan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya undi dominan dan kekuatan jentera.

“Bagaimanapun, Pas berha­rap UMNO dan Bersatu berla­pang dada supaya kerajaan sedia ada dapat dikekalkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya