Pas jangan masuk campur urusan UMNO-Bersatu   - Utusan Malaysia

Pas jangan masuk campur urusan UMNO-Bersatu  

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG : Pas perlu faham mengapa UMNO berkeras sehingga membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

Pengarah pilihan Raya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu telah dibincangkan secara mendalam, sekaligus Pas tidak perlu masuk campur pada keputusan yang dibuat UMNO.

“Dia sedap la parti dia, Pas, kita ni UMNO macam mana? Hari-hari kena ganggu gugat untuk kecilkan UMNO. Pas parti kecil, okay lah kamu.

“Tapi UMNO adalah parti yang besar, takkan kita nak jadi parti yang kerdil? Kita merasakan sekarang ini kita dibuat begitu rupa hendak menjadikan UMNO ini sebuah parti kecil.” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih mahu menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada. 

Katanya, Pas mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN), antara Bersatu, Pas dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Tambah Tajuddin, Bersatu sepatutnya berterima kasih dengan UMNO kerana menyerahkan kedudukan tertinggi dalam kerajaan meskipun mempunyai bilangan kerusi yang sedikit dalam Parlimen. 

“Sebelum dia (Tuan Ibrahim) hendak berikan saranan itu dan ini dia kena faham apa masalahnya. Kalau dia tak tau apa masalahnya apa pun dia cakap tidak akan membawa apa-apa kejayaan,” katanya lagi. 

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid berkata kepada Utusan Malaysia, UMNO tidak harus meyalahkan parti itu jika ahlinya ramai melompat kerana mana-mana ahli politik sudah pasti akan tertarik dengan tawaran yang lebih baik. 

“Masa sekarang bukan tarik tak tarik. Siapa tawarkan lebih baik, kita beli lah. Semua tak boleh nak kata apa pun sekarang sebab dunia kini tanpa sempadan. 

“Kita buat tawaran kepada mereka, kalau tawaran kita baik, maknanya kita dapat lah,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya