OSB Global Resources sasar lahirkan 1,000 usahawan burger - Utusan Malaysia

OSB Global Resources sasar lahirkan 1,000 usahawan burger

MUHAMMAD Dinie Mohamed (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Mohd. Izhar Ahmad di hadapan gerai burger OSB sempena pelancaran Wisma OSB Global Resources Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Nusabayu, Iskandar Puteri, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: OSB Global Resources Sdn. Bhd. merancang melahirkan seramai 1,000 usahawan burger di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Dinie Mohamed berkata, syarikatnya yakin perkara itu dapat dicapai melalui jalinan kerjasama erat antara beberapa agensi dan pihak terlibat.

Katanya, jenama itu kini memiliki lebih daripada 100 gerai burger di seluruh Johor serta di Melaka.

“Kami mempunyai pengalaman lebih lima tahun dalam bidang perniagaan burger dan pembekalan makanan berasaskan burger.

“Kami dalam perancangan melahirkan 1,000 usahawan burger di seluruh negara. Usaha ini dibuat bagi membantu lebih ramai masyarakat kembali bangun dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Pelancaran Wisma OSB Global Resources Sdn. Bhd. yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad di Kawasan Perindustrian Nusabayu, di sini semalam.

Menurut Muhammad Dinie, bagi mencapai matlamat tersebut, pihaknya menyediakan dua pilihan kepada usahawan yang berminat iaitu Pakej Bajet dan Pakej Medium.

“Pakej Bajet berharga RM5,000 manakala Pakej Medium berharga RM10,000 yang mana usahawan diberi bimbingan, gerai, peralatan, barangan, akaun e-wallet dan peranti yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

“Kami juga bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencapai matlamat ini,” ujarnya yang memberitahu setakat ini seramai 354 usahawan mendaftar dalam program itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya