Operasi Khas Jangkar Haram turut banteras sindiket penyeludupan - Utusan Malaysia

Operasi Khas Jangkar Haram turut banteras sindiket penyeludupan

KAPAL peronda Maritim Malaysia menghampiri sebuah kapal tangki yang dipercayai berlabuh tanpa kebenaran dalam Operasi Khas Jangkar Haram di perairan laut Malaysia Johor Timur di Kota Tinggi, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan usaha membanteras aktiviti kapal dagang asing bersauh secara haram di perairan Johor kerana sindiket penyeludupan dikesan menggunakan kehadiran kapal berkenaan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, modus operandi itu juga digunakan oleh sindiket serupa untuk masuk ke kawasan daratan di negara ini termasukdi perairan Selangor dan Johor.

Katanya, sehubungan itu adalah penting bagi pihaknya meneruskan Operasi Khas Jangkar Haram dengan turut bekerjasama menerusi Op Benteng.

“Kebiasaannya kapal-kapal dagang ini tidak terlibat dengan penyeludupan migran, tetapi mereka (sindiket) gunakan kapal dagang ini sebagai tempat berlindung untuk masuk ke daratan supaya kita tidak dapat kesan melalui radar.

“Itu kaedah mereka kerana kedudukan kapal-kapal ini berdekatan dengan kawasan daratan iaitu dianggarkan antara dua hingga enam batu nautika,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya