Nyaris maut set tayar belakang Perodua Alza tercabut - Utusan Malaysia

Nyaris maut set tayar belakang Perodua Alza tercabut

SET tayar belakang sebuah kereta Perodua Alza tercabut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.5, Jalan Tampin-Seremban, Tampin, Negeri Sembilan. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Gara-gara bergesel dengan sebuah kenderaan yang hilang kawalan dari arah bertentangan, satu set tayar belakang sebuah Perodua Alza tercabut dalam kejadian di Kilometer 1.5, Jalan Tampin-Seremban, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin itu, kemalangan membabitkan kereta Perodua Alza tersebut dengan sebuah Proton Exora.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, berdasarkan siasatan awal, Proton Exora yang dipandu seorang pelajar kolej swasta dari arah Seremban manakala Perodua Alza dipandu seorang pesara kerajaan berusia 63 tahun dari arah Tampin.

“Kemalangan kira-kira pukul 9.30 malam itu dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Exora hilang kawalan selepas mengelak haiwan yang melintas jalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Alza di bahagian depan sebelah kanan.

“Kejadian tersebut menyebabkan kenderaan Perodua Alza berpusing dan satu set tayar belakang kereta tersebut tercabut,” katanya dalam kenyataan hari ini..

Anuwal berkata, pesara dan pelajar berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya