Norlia Noah Pemangku Presiden, CEO Prasarana  - Utusan Malaysia

Norlia Noah Pemangku Presiden, CEO Prasarana 

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG : Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam mengumumkan pelantikan Datin Norlia Noah sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan itu berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas perkhidmatan Muhammad Nizam Alias ditamatkan. 

“Ahli Lembaga Pengarah telah bermesyuarat dua, tiga kali akhirnya membuat pertimbangan ini namun tidak dihebahkan untuk menjaga nama masing-masing,” katanya sidang media selepas membuat lawatan kerja di Depoh Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang, semalam. 

Katanya lagi, jawatan tersebut bersesuaian dengan Norlia yang telah berkhidmat dengan Prasarana sejak 2004 sekaligus mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan itu.

“Datin Norlia bukanlah seorang yang asing dengan Kumpulan Prasarana. Sejak mula berkhidmat di sini pada 2004, beliau memegang jawatan penting seperti Pengarah Projek LRT3, Ketua CAPEX Rel dan Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan Prasarana sebelum dilantik Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) tahun lepas,” katanya.

Dalam masa yang sama, Tajuddin turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana yang baharu.

Untuk rekod, Abu Kassim merupakan bekas Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional.

Turut dilantik menganggotai Lembaga Pengarah ialah bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigeresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Dua individu itu merupakan bekas pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Tajuddin, pelantikan dua anggota Lembaga Pengarah baharu itu berkuatkuasa 15 Februari lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya