Nenek, cucu cemas rumah terbakar - Utusan Malaysia

Nenek, cucu cemas rumah terbakar

RUMAH dua tingkat di Taman Indah Sari di Kuala berang, Hulu Terengganu musnah 60 peratus dalam kebakaran petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas bersama cucunya berdepan detik cemas selepas kediaman dua tingkat dihuni mereka di Taman Indah Sari, Kuala Berang di sini terbakar petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Wan Fatimah Tun Harun, 70, dan Nor Balqis Azlan, 10, yang berada di tingkat bawah bagaimanapun sempat menyelamatkan diri melalui pintu belakang.

Menurut Nor Balqis, kejadian itu hanya disedari selepas terdengar bunyi letupan di samping terhidu bau asap.

“Saya segera ajak nenek keluar ke rumah jiran dan tidak lama kemudian saya nampak kepulan asap di bahagian bilik di tingkat atas,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanaffi Mohd. berkata, pihaknya dengan kekuatan 11 anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.50 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian kita dapati api marak di bahagian tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan bagaimanapun kebakaran dapat dikawal pukul 5.16 petang.

“Hasil tindakan pantas pasukan bomba, kebakaran hanya melibatkan 60 peratus kemusnahan di bahagian tingkat atas sahaja dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya