Nelayan hilang sejak sebulan lalu selepas keluar menangkap ikan - Utusan Malaysia

Nelayan hilang sejak sebulan lalu selepas keluar menangkap ikan

ABDUL Jalil Abu Bakar, dilaporkan hilang sejak sebulan lalu selepas keluar menangkap ikan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seorang nelayan dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Sungai Setar Kecil di sini selepas keluar menangkap ikan sejak sebulan lalu.

Jurucakap polis berkata, laporan kehilangan mangsa, Abdul Jalil Abu Bakar, 52, dibuat kakaknya yang berusia 53 tahun selepas dia tidak pulang ke rumah sejak 17 Februari lalu.

“Kakak mangsa yang membuat laporan polis memaklumkan adik lelakinya yang tidak berkahwin dan tinggal bersama ibu mereka itu tidak pulang dalam tempoh berkenaan.

“Wanita tersebut sebelum itu menerima panggilan telefon dari anaknya yang memaklumkan penemuan bot mangsa oleh nelayan di kawasan muara Tanjung Piandang, Perak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, ahli keluarganya bimbang akan keselamatan mangsa kerana sudah lama tidak pulang.

Sehubungan itu tambahnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan menghubungi polis atau Timbalan Ketua Balai Polis Sungai Acheh, Sarjan Abd. Rahman Bakar di talian 04-5934322 atau 017-4819384. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya