Nelayan hilang dipercayai jatuh ke laut - Utusan Malaysia

Nelayan hilang dipercayai jatuh ke laut

Mohd. Rizal Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Nelayan dilaporkan hilang dipercayai jatuh ke laut ketika menangkap ikan pada jarak 40 hingga 48 batu nautika berhampiran Pulau Bidan dekat sini, malam semalam.

Mangsa, Mohd. Rizal Ismail, 34, dari Rumah Murah Fasa 2, Tanjung Dawai di sini disedari hilang oleh dua rakan sekerjanya selepas mereka selesai melabuhkan pukat pada pukul 11 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji melalui kenyataannya
berkata, tiga nelayan terbabit keluar ke laut menggunakan bot jenis pukat tunda pada 6.30 petang.

“Selesai melabuhkan pukat, jurumudi bot mengarahkan mangsa dan seorang lagi awak-awak mengawal bot kerana dia ingin tidur dan berehat sebentar.

” Sebaik bangun pada pukul 11 malam, jurumudi itu memanggil mangsa dan rakannya untuk menaikkan pukat tetapi mangsa dikesan tiada dan dipercayai telah terjatuh ke laut,” katanya di sini hari ini.

Kata Shahnaz, dua rakan mangsa kemudian menaikkan pukat dan mencari mangsa di kawasan sekitar namun tidak berjumpa sebelum bertindak balik ke daratan membuat lapuran di Balai Polis Tanjung Dawai pada pukul 6.30 pagi ini.

“Sebaik menerima laporan kehilangan mangsa, pihak polis mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Yan.

“Operasi SAR hari ini melibatkan sebuah kapal dan sebuah bot APMM, sebuah bot Pasukan Polis Marin dan sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam,” katanya.

Katanya, sektor pencarian nelayan malang itu hari ini juga dibantu beberapa buah bot nelayan tempatan meliputi kawasan perairan Pulau Bidan hingga timur perairan Yan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya