Negeri Sembilan FC lonjak tangga teratas - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan FC lonjak tangga teratas

PEMAIN Negeri Sembilan FC meraikan jaringan pertama dalam perlawanan Liga Perdana menentang Perak FC II di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Negeri Sembilan FC seperti diduga meraih mata penuh apabila menundukkan pasukan ubi muda, Perak FC II dengan jaringan 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh petang tadi.

Dengan kemenangan itu, anak buah K. Devan berjaya memintas Sarawak United selaku pendahulu dengan mengumpul 10 mata.

Bagi Perak II, kekalahan itu adalah yang ketiga berturut-turut selepas tumpas kepada Sarawak FC dan Kelantan United sebelum ini.

Dalam perlawanan tadi, Negeri Sembilan menguasai persaingan dengan corak kemas dan kawalan gelanggang.

Bagaimanapun tuan rumah kental bertahan untuk menyukarkan skuad Hoben Jang Hoben melakukan sebarang kemusnahan.

Turun tanpa sebarang pemain import, anak buah Syamsul Mohd. Saad tetap tidak memberi laluan mudah kepada pasukan pelawat.

Bagaimanapun, Perak FC II jelas kekurangan dari segi pengalaman berbanding lawan yang berada dalam kelas sendiri.

Namun usaha pelawat akhirnya berjaya apabila rembatan leret R. Barathkumar di minit ke-20 melepasi jangkauan penjaga gawang Perak FC II, G Yuganes.

Skrip babak kedua bertukar dengan anak buah Syamsul dilihat cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan.

Begitupun usaha itu tidak berhasil kerana lawan berjaya menyerap segala asakan mereka.

Sebaliknya, bertentangan dengan arus perlawanan, Negeri Sembilan memperoleh gol kedua mereka apabila Alain Thierry Akono Akono memperdaya benteng Perak untuk menyumbat gol kedua pada minit ke-59.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol selepas itu tetapi benteng masing-masing berjaya mengelak daripada dibolosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya