Najib 'tabik hormat' kepada polis - Utusan Malaysia

Najib ‘tabik hormat’ kepada polis

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Polis sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214.

Najib dalam satu hantaran menerusi Facebooknya berkata, sepanjang tempoh lebih dua abad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah antaranya ancaman keselamatan, kes pembunuhan, pengganas dan sebagainya dan berjaya diselesaikan.

“Sudah tentu, ada maklumat awal dan risikan diterima PDRM juga setiap masa yang membantu menghalang insiden-insiden tidak diingini daripada berlaku.

Pada setiap kali, PDRM membuktikan kewibawaan dan kecekapan mereka,” ujarnya.

Tarikh 25 Mac menjadi hari keramat buat warga Sang Saka Biru kerana pada waktu inilah pasukan penguat kuasa ulung negara itu meraikan hari peringatan.

Sehingga hari ini PDRM dipimpin 12 Ketua Polis Negara (KPN) dan pada masa ini dipimpin oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Menurut Najib lagi, pada tahun lepas dan sehingga kini, rakyat dapat lihat komitmen dan kebolehan PDRM dalam membantu menangani dan mengawal wabak pandemik Covid-19.

Malah kata beliau ada anggota polis tidak berehat, tidak berpeluang berjumpa keluarga dan inilah pengorbanan mereka demi kebaikan masyarakat kita.

Justeru, sumbangan dan jasa PDRM amat dihargai dan diucapkan syabas dan terima kasih.

“Tabik hormat!

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-214, ” ujar Najib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya