My Kasih Care bela nasib keluarga tidur dalam kereta - Utusan Malaysia

My Kasih Care bela nasib keluarga tidur dalam kereta

RIZAL Che Majid bersama keluarganya di hadapan kereta yang menjadi tempat berteduh buah mereka selepas dihalau keluar dari rumah yang disewanya.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan My Kasih Care tampil membantu sebuah keluarga yang dilaporkan terpaksa tidur dalam kereta di sini baru-baru kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Pengerusi NGO berkenaan, Syed Shukri Nizam Jaafar berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan dengan mencari tempat tinggal selain mencarikan pekerjaan baharu buat ketua keluarga tersebut, Rizal Che Majid, 40.

“Kami juga akan menawarkan bantuan pekerjaan kepada Rizal yang hilang pekerjaan sebelum ini selain menyalurkan bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga tersebut.

“Bantuan yang diberikan ini supaya keluarga ini dapat memulakan semula kehidupan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan sepasang suami isteri terpaksa mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta bersama tiga anak mereka di pantai Batu 4 di sini selepas dihalau keluar daripada rumah sewa mereka kerana gagal menjelaskan bayaran sewaan bulanan.

Rizal berkata, keadaan kewangan keluarganya menghadapi masalah selepas bekas majikan tempatnya bekerja tidak melunaskan gaji bulanannya secara tetap.

Dia yang bekerja dengan sebuah syarikat pengawal keselamatan, disebabkan masalah itu dia gagal menjelaskan bayaran sewa rumah untuk dua bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN