Muslim Care Malaysia mula misi kemanusiaan - Utusan Malaysia

Muslim Care Malaysia mula misi kemanusiaan

Zulkifli Wahijan menyerahkan bantuan kepada wakil penduduk Kampung Sungai Buaya, Batu 3 di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Pertubuhan kemanusiaan merentasi sempadan, Muslim Care Malaysia (MCM) menggerakkan misinya bermula hari ini bagi mengagihkan bantuan kepada penduduk di sekitar daerah Tawau, Sabah.

Bantuan berupa makanan asas bagi meringankan beban penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 diagihkan kepada 150 penerima di lokasi pertama di Kampung Sungai Buaya, Batu 3, di sini.

Bantuan tersebut diserahkan oleh Presiden MCM, Zulkifli Wahijan kepada wakil penduduk kampung setelah mempertimbangkan penduduk di kawasan itu antara yang paling terkesan akibat PKP dan Covid-19.

Kerja-kerja agihan bantuan akan diteruskan sehingga 23 Mac ini di beberapa lokasi terpilih dan seterusnya meneruskan misi di beberapa pulau di Semporna.

MCM bersama rombongan dan enam petugas media berlepas dari Pangkalan Udara Subang menaiki pesawat A400M Tentera Udara Diraya Malaysia (TUDM) dan selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau sekitar pukul 11 pagi tadi.

Hari pertama misi bantuan berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik negeri Sabah merangkap Setiausaha Badan Perhubungan Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan.

Misi bantuan kemanusiaan Sabah mendapat kerjasama TUDM, Geng Talaqqi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Surau Al Muhsinin, Petronas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya