Mungkin Anwar hanya jumpa di kedai kopi, tetapi dikatakan mesyuarat - Utusan Malaysia

Mungkin Anwar hanya jumpa di kedai kopi, tetapi dikatakan mesyuarat

MAHDZIR Khalid (dua, kiri) menyampaikan replika sumbangan bantuan persekolahan pelajar Terengganu kepada Ahmad Said (dua, kanan) pada Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2021 di Kuala Nerus hari ini. -UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya wujud perbincangan dengan kepemimpinan UMNO untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin sekadar satu pertemuan ‘kedai kopi’. 

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti itu tidak pernah mengadakan sebarang rundingan sebagaimana didakwa Ahli Parlimen Port Dickson itu. 

Malah, katanya, kepemimpinan tertinggi parti termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan turut tidak tahu-menahu mengenai bentuk kerjasama dalam gabungan pembangkang berkenaan. 

“Kita (UMNO) tidak pernah berbincang dengan Anwar, sebagai Naib Presiden, saya tak pernah berjumpanya, tetapi orang lain saya tidak tahu. 

“Mungkin Anwar hanya terjumpa di kedai kopi minum teh tarik dan sudah dikira mesyuarat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2021 membabitkan peruntukan sebanyak RM110,000 di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha parti itu, Datuk Rozi Mamat.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia pada Ahad lalu, Anwar memberi bayangan kerjasama dengan seterunya, UMNO menunjukkan perkembangan positif hasil kesepakatan pemimpin kedua-dua parti. 

Kenyataan itu didorong oleh pendirian beberapa pemimpin UMNO yang cenderung menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya