PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor di Hotel Zenith Putrajaya di sini.
Beliau tiba di hotel tersebut pukul 3 petang dan mesyuarat kemudian bermula sejurus selepas ketibaannya.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) seterusnya mempengerusikan mesyuarat PN Johor berlangsung di tempat yang sama.
Turut kelihatan Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Bersatu Johor, Dr. Sahruddin Jamal dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.
Difahamkan, agenda utama dua mesyuarat tersebut bagi membincangkan hala tuju kerjasama dengan UMNO Johor. – UTUSAN ONLINE