MT diberikan mandat tetapkan tempoh tarik sokongan kepada PN - Utusan Malaysia

MT diberikan mandat tetapkan tempoh tarik sokongan kepada PN

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada penggulungan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala LUmpur. - MEDIA UMNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seluruh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebulat suara memberikan mandat kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tempoh kepada UMNO menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diputuskan selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta kata putus semua perwakilan agar MT diberikan mandat tersebut.

Seluruh perwakilan Dewan Merdeka dilihat berdiri dan berkata setuju selepas Ahmad Zahid meminta mandat berhubung ketetapan tersebut.

Menurut Ahmad Zahid, usul itu dibangkitkan oleh wakil perhubungan negeri dan sayap-sayap sewaktu perbahasan perhimpunan itu sebentar tadi.

“Maka kalau difahami usul dan perbahasan perwakilan, mandat diberikan untuk menentukan kita boleh menarik bila-bila masa jika mereka (PN) tiada indikasi pilihan raya dalam masa terdekat.

“Ada kemungkinan mereka (PN) akan panjangkan (kuasa) sehingga cukup penggal. Saya yakin rakan menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan akan akur untuk tarik diri daripada PN. Kalau tarik diri, mereka tidak gusar letak jawatan demi mematuhi keputusan dibuat parti,” katanya membuat pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan memberikan bayangan bahawa UMNO akan menarik sokongan kepada PN pada Ogos ini.

Tegasnya, parti tidak boleh lagi berdolak-dalik atau acah-acah dalam menarik diri sokongan kepada PN.

“Sekali melangkah jangan berundur, kalau tiada apa-apa bulan Ogos kita keluar beramai-ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya