MQA turun padang ke IPT seluruh negara - Utusan Malaysia

MQA turun padang ke IPT seluruh negara

SHATAR SABRAN (dua, kanan) dan Mohd Shukri Ab Yajid (kanan) mengadakan perbincangan sambil disaksikan beberapa pegawai kanan MSU, pada siri jelajah pertama MQA di (MSU), Shah Alam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam usaha mewujudkan ekosistem jaminan kualiti pengajian tinggi terbaik, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengambil langkah proaktif turun padang ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pihaknya akan mengadakan jelajah ke IPT seluruh negara tahun ini iaitu 20 universiti awam (UA) dan lebih 400 IPT swasta.

Katanya, siri jelajah yang menjadi satu daripada agenda Era Baharu MQA itu akan dilakukan mengikut zon.

“Program jelajah ini akan memberi peluang kepada warga IPT untuk mengetahui dengan lebih jelas akan fungsi MQA, produk ditawarkan kami serta peluang yang boleh direbut oleh IPT serta masyarakat setempat.

“Semua perkongsian boleh dilakukan menerusi sesi soal jawab atau ramah mesra bersama-sama MQA,” katanya pada sesi lawatan pertama siri jelajah pertama MQA di Management and Science University (MSU), di sini, kelmarin.

Yang turut hadir pada lawatan itu, Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr Mohd. Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid, pengurusan tertinggi MQA, dekan fakulti dan ketua program MSU.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, pihaknya juga giat berusaha untuk pengurusan akreditasi program IPT tempatan di cawangan luar negara menerusi jaringan agensi akreditasi antarabangsa.

Katanya, inisiatif terbaharu pihaknya itu bagi memudahkan IPT tempatan menghantar pelajar ke luar negara.

“Dengan adanya kerjasama global ini, graduan Malaysia boleh bekerja di mana sahaja kerana kualiti pendidikan mereka yang dijamin MQA,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri menyifatkan usaha jelajah dilakukan MQA itu sebagai satu langkah yang menarik kerana memberi ruang untuk berbicang secara dekat dengan IPT terutama membabitkan perihal akreditasi.

“Tahniah kepada MQA kerana mencetuskan inisiatif turun padang ini kerana ia adalah sesuatu yang harus dilakukan untuk kecemerlangan bersama pengajian tinggi,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya