Mesyuarat Bersatu selesai selepas lebih 2 jam - Utusan Malaysia

Mesyuarat Bersatu selesai selepas lebih 2 jam

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung lebih dua jam.

Namun, Muhyiddin ketika ditemui media selepas mesyuarat itu memberitahu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hasil mesyuarat dipengerusikannya bermula 4.30 petang tadi.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, sebentar nanti,” katanya ringkas sebelum meninggalkan lokasi majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini petang ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba pada pukul 4.20 petang sebelum mesyuarat bermula pada jam 4.30 petang.

Yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee; Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin serta Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Selain itu Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun.

Mesyuarat berkenaan dibuat bagi membincangkan mengenai pendirian Bersatu berhubung dua keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Keputusan itu dinyatakan dalam surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu kepada Muhyiddin berhubung keputusan Mesyuarat MT UMNO itu pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.

Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya