MESI 2.0 tumpu aspek mesra rakyat - Utusan Malaysia

MESI 2.0 tumpu aspek mesra rakyat

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Program Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 akan dikaji semula dengan memberi penekanan terhadap aspek lebih mesra rakyat di samping memfokuskan kepada persediaan industri bekalan elektrik negara dalam menghadapi cabaran baharu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kajian itu juga bermatlamat menghadapi cabaran mendatang ekoran kemunculan teknologi-teknologi disruptif khususnya melibatkan sumber tenaga boleh baharu seperti solar.

Katanya, program yang diluluskan pada 2019 itu bertujuan mengubah struktur industri bekalan elektrik dan sekali gus memberikan kesan besar kepada pengguna bekalan elektrik Semenanjung.

“Oleh demikian kajian semula perlu dibuat supaya selari keutamaan kerajaan yang memberikan tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan pandemik Covid-19 serta meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

“Mengambil kira situasi dan cabaran baharu kesan Covid-19, realitinya terdapat keperluan mendesak untuk dipastikan industri bekalan elektrik negara dapat mendepani cabaran masa hadapan khususnya dalam menghadapi cabaran terkini yang bersifat disruptif tanpa mengubah struktur industri sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MESI 2.0 merupakan satu usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap industri elektrik dan bertujuan meningkatkan kecekapan industri dan tenaga.

Tambah Shamsul Anuar, satu kajian menyeluruh perlu dibuat semula di bawah inisiatif MESI 2.0 bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan pengguna di samping mesra rakyat dan tidak menambahkan bebanan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.

Jelasnya, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah diberikan tanggungjawab membuat kajian dan bagi memastikan segalanya bakal dilaksanakan kelak adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin memberikan penekanan terhadap kebaikan negara dan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya