Menteri arah Finas siasat kru produksi ceroboh Gua Matsoorat - Utusan Malaysia

Menteri arah Finas siasat kru produksi ceroboh Gua Matsoorat

ZAKARIA ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan sekumpulan kru produksi drama yang menceroboh masuk ke Gua Matsoorat di sini sehingga merosakkan fosil berusia jutaan tahun dilihat sebagai serius dan sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu satu siasatan dalaman akan dilakukan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi mendapatkan gambaran terperinci berhubung insiden itu.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya juga merasa kecewa di atas kejadian tersebut kerana pencerobohan itu telah merosakkan khazanah alam.

Katanya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah mengarahkan Finas membuat siasatan dan inginkan maklumat lengkap dengan menemui pihak-pihak terbabit.

“Sepatutnya pihak kru produksi kena berhati-hati kerana isu pencerobohan seperti ini adalah serius apatah lagi melibatkan sebuah kawasan bersejarah.

“Sebaik sahaja mengetahui perkara sebenar kita akan membuat saranan melalui pasukan penguat kuasa dari Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas bagi memantau kerja penggambaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Bengkel bekenaan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Luncai Emas Sdn. Bhd. dan Finas yang turut dihadiri komposer terkenal tanah air, Datuk M. Nasir.

Menurut Zakaria, susulan insiden tersebut pihak Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas akan membuat penilaian terhadap syarat-syarat yang perlu dipatuhi pihak produksi sebelum dikeluarkan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Media semalam melaporkan, tindakan syarikat produksi drama berkenaan yang tidak jujur apabila hanya memohon kebenaran untuk melakukan penggambaran di kawasan luar gua serta sekitar bandar raya Ipoh sahaja dan berjanji mematuhinya.

Malah tindakan kru penggambaran dari Kuala Lumpur itu memasuki kawasan warisan bersejarah berkenaan yang kini tukar di media sosial dikritik warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya