KANGAR : Setiap kali tiba musim mempelam harumanis di Perlis, antara isu yang sering diperdebatkan orang ramai khususnya dari luar negeri ini adalah berkaitan harga yang dikatakan terlalu tinggi. Berikutan itu, khususnya di media-media sosial, timbul pelbagai ungkapan kononnya harga harumanis Perlis ‘cekik darah’, harga ‘Yahudi’ dan pelbagai lagi perkataan sinis lain. Bagaimanapun, perkara tersebut langsung tidak menjejaskan permintaan terhadap harumanis setiap tahun yang sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga pasaran mempelam harumanis adalah sekitar RM35 hingga RM40 sekilogram dengan musim ini dijangka hasil sudah boleh dituai pada pertengahan April hingga Julai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya